Cemburu Membinasakan :')
Jawab Salam Dulu ye ! ^^
halloooooooooo *gaya Johan*
hahaha :D hai hai hai .. ari ni saja nak cerita bab cemburu a.k.a jealousss :3
apa itu cemburu eh ? yeah betol ! cemburu itu adalah western food yang hanya terdapat di India Utara --'
mengarut je lebih , no lah , cemburu ialah satu perasaan iri hati yang terjadi kepada kita apabile menengok orang lain , tak kisahlah kejayaan dia ke , kekayaan bak Karun ke , kecantikan dan kehenseman bak bidadari dan wildan ke , or korang nak cemburu kat laki bini awek pakwe scandal korang pon buleh jugak :B
cemburu ni , dalam konteks perhubungan , laki bini pakwe makwe , scandal tak termasuk sebab tak sah , hahahaha :D gelak besar , buleh la buleh la , scandal nak cemburu pon takpe , eh lambat nak menaip perkataan cemburu ni so tukartukar , jeles je lah senang :3
aku tau , setiap orang mesti ada jugaklah tak kisah sebesar cicit hama ke atau sekecik piut kuman , pernah terlintas dalam hati rasa jeles ni bila nengok kadang kadang orang lain ada kelebihan yang rationya lebih sikit je tak banyak pon sebenarnya dari kita , tapi aku pon tak paham dengan melebihnya skala yang sikit tuh pehal lah si jeles ni nak datang jugak dalam hati , huh *sigh*
aku sendiri mengaku lah , aku ni seorang yang kuat berpeluh di hidung , eh ?
ape kaitan pulok ?
haa , jangan tak pernah dengar pulak , orang tua tua kata , kalau kuat berpeluh di hidung ni alamatnya Kota Damansara , Jalan Bukit Bintang , huh ! no lah , --' merepek je keje aku
kalau kuat berpeluh di hidung itu tandanya KUAT CEMBURU
O_o
I was just like , what ?
patotlah , tahap gaban gila jeles aku , tapi jangan risau sebab macamana jeles pon aku kat orang lain , aku selalu buat dono je macam takde pape , kiranya just jeles dalam hati lah , contoh kalau jeles kawan kawan dapat markah tinggi dalam exam kan , Ya Allah jelesnye >.< tapi macam aku kata , jeles dalam hati je pastu buat dono , so aku pon tak tambah usaha dan aku pun akan dapat keputusan yang sama jugak dan maknanya takdak perubahan jugak , kira jeles tahap volcano dalam hati je lah :B , usaha tetap suam suam kuku je , mak aii >.<
tapi bagi diri aku sendiri , bila hadirnya rasa jeles mengetuk pintu hati , ceh ayat --'
mesti aku rasa rimas gila sampai rasa nak kobek buang ja hati aku ni , aku sangatt tak suka bila ada rasa jeles menerpa dalam hati ni , rasa macam .. arghh !! stress ! (~O.O)~
pastuh mula lah hati dan akal nak berdebat dengan setan yang dok menghasut
Setan : Eh you tak jeles ke nengok dia tu , dah la kaya , cantik , hot tiptop gitu , kelas youu.. (suara gedik)
Hati suci : Arghh ! kau jangan nak hasut aku , blah ! blah ! blah ! syuuhhh ! pergi kau dari sini *hentuk pala*
see ? memang merimaskan lah -_-'
memang aku mengaku sangat lah , memang aku cepat jeles sikit , adoi :3
especially bila tengok girls yang comel comel , muka ala ala doll babyface , bila aku tengok pon rasa macam nak cubit cubit je , time tu mula la setan menguasai sambil tergelak besar >..<
I must feel like ,
" eh napa dia buleh comel sampai tahap ni , kaya lagi , perfect hidup dia , sebab pa pulak aku ni tak comel macam dia , aku pon nak jugak muka comel ala ala babyface tu , napa dia kulit putih melepak aku pulak kelabu asap je , napa dia kurus ramping cam kerengga aku pulak gedempol mengalah tong dram sampai tong dram pon merajuk ngan aku , dan napa bla bla bla bla....."
mulalah nak condemm , serba serbi tak perfect , dan semua itu sangat merimaskan hati , kalbu , jiwa , raga , pikiran , minda , dan emosi.. nak nak lagi bila ada pulak insan hampeh yang asyik dok banding banding diri aku ni dengan orang yang serba serbi comel lote
eh aku tau lah aku tak comel , takyah nak banding banding oke ?
aku aku lah , dia dia lah ..
saat tu baru tersedar , Astaghfirullah :'(
napa aku ni , nak komen komen pulak ciptaan Allah S.W.T
Dia yang cipta aku dengan sempurna , Dia cipta aku sebagai manusia iaitu makhluk yang paling cantik di dunia ni , Dia bagi aku akal untuk pikir , pikir kebesaranNya , Dia kurniakan aku kesihatan , fizikal mental yang takda cacat sikit pon , napa aku ni nak komplen macam macam
Astaghfirullah , maafkan aku Ya Allah :'(
Allah jadikan setiap dari kita ada kelebihan dan kekurangan masing masing mengikut apa yang terbaik untuk diri kita , Dia pencipta kita so Dia tau apa yang kita perlu , apa yang terbaik untuk diri kita , rancangan , qada dan qadar Allah itu lah yang terbaik untuk diri kita , tak perlu nak rasa kekurangan , sebab Allah dah bagi kita banyak nikmat dan kelebihan
mungkin aku tak secomel , secantik , sehot , setip top dorang , tapi kalau tengok betol betol ada jugak manisnya , kire buleh tahanlah ahaks :D
mungkin aku tak sekaya dorang , ayah aku takdak gelaran Megat , Tengku , Raja , Dato , Tan Sri , tapi hidup aku pon bukan lah susah sampai tahap perlu ikat perut sebab tak cukup belanja , malah aku ni dah tahap sehat tak hengat dah dengan lebihan lemak lemak dalam badan aku ni :B
mungkin aku seorang yang berkulit kelabu asap , eh takdelah kelabu sangat , aku hitam manis okeh ? dan bukannya putih gebu macam Zizie Ezette , tapi okei apa , orang tua tua kata hitam manis tak jemu mata memandang , buekkkkk :P perasan tak hengat
dan mungkin aku tak dapat kelebihan yang orang lain dapat , tapi aku ada kelebihan aku sendiri yang orang lain tak dapat , family , friends , environment and such other things :)
they complete me , no matter what happen , I'm just myself , no one can be myself , so I don't have try to be someone else , right ? aloh speaking pulok ^^y
moral of the story , just ingat satu benda ja , tak banyak satu ja
BERSYUKUR
itu je , dengan bersyukur Insya Allah , suma setan laknatullah dan hawa nafsu yang asyik dok buat rumah terbuka sempena perayaan Jeles Sorang sorang dalam hati kita ni berterabur lari lintang pukang mengalahkan Usain Bolt , hahaha mesti aku gelak mengekek nanti , ekekee xD
melelong dah moral aku , oke bersyukur oke bersyukur !! kita ni dah banyak dah nikmat dan kelebihan nak banding orang lain , nak nak lagi kalau banding antara bumi Palestin dengan kitadi Malaysia ni , kalau dorang tu budak budak perut buncit sebab kwashiorkor yang disebabkan tak cukup protien , rakyat Malaysia ni pulak buncit disebabkan terlebih protien ,termaasuklah aku dan ayah aku , bhahaaha :D
mak aku pon selalu kata :
" Orang negara lain mati sebab kebuluran , kita ni mati sebab kenyang terlampau "
haha betol lah tu :D
okei dah habis , listen ! listen ! listen !
BERSYUKUR <3
Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)