20 Jan 2013

My Girlfriend Is A Gumiho




Jawab Salam Dulu ye ! ^^
hai :) tersengih gembira lagi aku di sini , haha well well , post lagi post lagi , baru tadi je aku update pasal jeles tak jeles bagai , ni post lagi , well nak buat camne kan , sorry to say lah , ni kan memang function blog so up to me laa :P haha oke sila buat mata ke atas tangan di bahu oke :B
di tengah layan layan Ask.fm tetiba camna aku buleh gi ask gang gang ask.fm pasal cita korea yang satu ni pon aku tak tau , well maybe sebab minat yang mendalam kot :3 or just nak tengok bapa ramai yang pernah tengok cita ni sebab cita ni agak lama , tahun 2010 , fuhh lama tuh 3 tahun yang lalu :D
Tak kesahlah , janji aku suka dan cerita dia BEST >.<  
SINOPSIS
My Girlfriend Is A Gumiho mengisahkan mengenai seorang pemuda yang diberi pilihan antara menyelamatkan nyawa sendiri atau menyelamatkan nyawa kekasih hati, apa yang dipilihnya?? salah seorang wajib mati, hanya terdapat 1 biji penawar sahaja yang boleh menyelamatkan seorang nyawa. (Dae Woong) yang sedang belajar di sebuah kolej dan bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon aksi tiba-tiba terjebak dalam hubungan penuh mistik dan romatik dengan seorang gadis jelmaan dari seekor Gumiho (musang berekor sembilan - nine-tailed-fox).

Gumiho tersebut adalah berasal dari zaman dahulu yang pada mulanya pengikut seorang nenek pari-pari telah turun kebumi untuk menjalani kehidupan seperti manusia. Oleh sebab gadis jelmaan ini terlalu cantik, dia telah membuatkan kesemua lelaki tak senang duduk, pekerja kerajaan tak buat kerja, para petani berhenti bertani dan para peniaga tidak berniaga.. pendek kata memang besarlah kesannya terhadap sosioekonomi penduduk kawasan tersebut.

Oleh sebab kaum wanita terasa terancam, mereka memohon pertolongan nenek pari-pari. Nenek pari-pari bercadang untuk mencarikan jodoh kepada gadis tersebut sebagai langkah penyelesaian. Malangnya, tersebar pula khabar angin bahawa gadis jelmaan itu perlu makan 100 hati manusia untuk menjadi manusia sebenar. Jadi tiada siapa yang sanggup berkahwin dengannya. Oleh sebab tiada pilihan lain, akhirnya gumiho tu diperangkap masuk kedalam lukisan.

Beberapa ratus tahun selepas itu, iaitu pada masa zaman kini, Dae Woong telah tersesat ke pondok simpanan lukisan tersebut. Dia telah diperdaya oleh hantu gumiho supaya melukiskan sembilan ekor pada musang didalam lukisan tersebut. Sebaik sahaja siap, gempa bumi dan ribut yang dahsyat telah terjadi. Tanpa disedari, sebenarnya dia telah pun membebaskan gumiho dari lukisan itu.

Setelah itu Dae Woong terus lari jauh ke dalam hutan, tetapi malangnya telah terjatuh ke dalam gaung yang sangat dalam dan tidak sedarkan diri. Kecederaan yang dialaminya sangat teruk hingga boleh menyebabkan kematian. Rupa-rupanya sang Gumiho telah mengekori Dae Wong. Dan untuk membalas jasa baik Dae Woong melukis ekornya sehingga dia bebas dari lukisan tersebut, Gimuho telah memasukkan satu-satu geliga kuasanya (bead)ke dalam tubuh Dae Woong.

Apabila, Dae Woong sedar dari pengsan dia dapati dirinya berada di atas pokok dan ada perempuan cantik iaitu gumiho di situ. Sejak itu, gumiho sentiasa mengekori Dae Woong ke mana-mana dan menyebabkan dia ketakutan kerana dia tahu gadis tersebut bukanlah manusia biasa. Apa akan jadi selepas itu? Bagaimana hubungan Dae Woon dan Gumiho? Adakah gumiho akan berjaya menjadi manusia kali ini? Benarkah gumiho memakan manusia?

Sumber : Pereka Cerita


Nampak macam ada persoalan kat ayat akhir sinopsis tu , haha memang lah , sinopsi ni masa cita ni baru nak keluar iaitu 3 tahun yang lepas :D , kalau nak tahu apa yang jadi korang cari dan tengok sendiri oke ?
cita ni ada 16 episod sahaja , genre : fantasi , romantik , komedi so memang best lah , tapi nak dekat akhir memang touching sangat , hukhuk :'3

Believe it or not , hari hari aku tengok cite ni tau ? tak pernah jemu sebab betol betol terharu dengan kisah percintaan dorang walaupun pada awalnya Dae Woong tak suka dekat Gu Mi Ho dan suka dekat Eun Hye In dan hanya menggunakan Gu Mi Ho untuk kepentingan diri sendiri :'D , ah maas nak cite panjang panjang , tengok gambar gambar ni okei :D , hero dan heroin ada dua orang , suma ensem dan gorgeous !


masa ni mak sedara Dae Woong kawen , berapa hari sebelum
Gu Mi Ho akan hilang seepas cukup 100 hari perjanjian depa
so cute >.<

masa ni first Dae Woong admit yang dia suka kat Mi Ho :D


HOI~HOI~ cartoon version >.<


auwwww :*
masa ni Dae Woong nak gi China and masa ni dah
betol betol couple dah <3

time nih last episod , minit terakhir sekali
lepas Mi Ho akhirnya balik jugak ke pangkuan Dae Woong
<3<3


Dae Woong tunjuk cincin couple kat orang
yang nak ngorat Mi Ho , masa ni couple tak betol betol lagi , jeles
tapi tak ngaku :D



hoi~hoi~
Mi Ho dan Dae Woong <3


second hero
No Min Woo a.k.a Park Dong Joo
hensem >.<

melting~ haa ~(^_^~)

heroin kedua
Eun Hye In , mula mula cita baek
Dae Woong suka dia , dia buat dono
last last Dae Woong dengan Mi Ho baru nak jeles
pastu jadi jahat :D

tak jelas , ekor Mi Ho ,haha
time happy mesti kuar ekor >.<


ni gamba cover dvd kot :D


first time Dae Woong tengok Mi Ho di hutan
Mi Ho selamatkan Dae Woong
pastu angkat dia letak atas pokok , haha


awww so cute >.<
when we do hoi~hoi~
means we're friend ! :)











Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)