Syurga Itu Terletak di ...
Jawab Salam Dulu ye ! ^^
hai you alls , aku kembali menaip selepas menjoin segmen dalam post yang lalu , hehe untung jugak join segmen segmen cenggini , at least buleh tambah followers ye dop ? :D
back to the topic , hari ni rasa macam nak menaip bab bab cenggini pulak , nak luahkan pendapat aku lah tentang apa yang terjadi zaman sekarang ni , berdasarkan apa yang aku lihat , baca dan lihat :3
rasanya ramai yang tahu , antara tanda tanda kiamat ialah bertambah ramainya golongan anak yang menderhaka kepada ibu dan bapa , walaupun kita semua tau
Syurga Itu Terletak di Telapak Kaki Ibu
tapi masih ramai lagi yang masih tegar nak sakiti hati ibu dan ayah , especially ibu kita , sebab ibu ni terkenal dengan sifat penyayang yang teramat kuat terhadap anak anak , sampai ke tahap mungkin dah terlalu memanjakan anak anak sampai dorang pijak kepala lah *nauzubillahiminzalik*
tapi ada satu lagi fenomena yang aku perasan makin menjadi jadi sekarang ni iaitu fenomena kaum kaum isteri yang menderhaka kepada si suami , dalam kita asyik dok nak tuding jari , geleng geleng kepala tengok perangai anak anak muda zaman sekarang , maybe kita terlepas pandang dekat golongan isteri yang menderhaka kat suami
(1) tidak menghormati suami
(2) tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri
(3) keluar rumah tanpa izin suami
(4) berlaku curang
dalam kes curang mencurangi ni ,ikut pendapat aku , kalau suami curang , dorang still buleh angkat status scandal dorang tu untuk menjadi pasangan yang halal , jadi isteri dorang , tak kesahlah no 2 ke , 3 ke , 4 ke .. asalkan dorang mampu untuk berlaku adil kepada isteri isteri dorang yang banyak tu , dan mampu dari segi zahir dan batin sebab quota dorang ada empat
tapi bila tengok dari sudut yang sebaliknya , bila isteri curang dengan suami , aku mesti konpius :3
korang jalin hubungan camne pon tetap quota korang untuk bersuami tu ada satu je , selagi korang tak bergelar janda , korang tetap tak buleh nak menikah dengan scandal korang tu kan ?
tapi bila orang pertikaikan kaum kaum isteri ni buat , mesti akan ada alasan yang muncul
(1) suami tak mampu nak beri nafkah zahir dan batin secukupnya
(2) suami seorang yang tidak menjalankan perintah Allah dan tidak membimbing
si isteri dan anak anak untuk berada di jalan yang benar
(3) suami seorang yang tidak memahami
(4) suami tak mampu nak bagi kemewahan hidup
...dan lain lain lagi
bagi aku , suma alasan tu berbalik kepada diri kita sendiri , seharusnya kaum hawa sentiasa ingat yang bila dorang dah sah menjadi seorang isteri , means dorang dah saling berkongsi apa jua dalam kehidupan , termasuk jugaklah tanggungjawab untuk mangemudi rumah tangga tu bersama supaya sentiasa teguh dan kuat sampai ke syurga InsyaAllah , dan kaum hawa jugak seharusnya sentiasa ingat bahawa isteri adalah pelengkap hidup suami dan pelengkap kekurangan suami :)
bila isteri curang dengan alasan suami tak cukup baik bagi dorang dan anak anak , sampaikan anak anak jadi teruk dan alami pelbagai masalah , rasanya tak patut kalau nak tuding semua kesalahan kat suami , sebab tugas seorang isteri bagi saya membantu suami dalam hal anak anak , so isteri pon bertanggungjawab dalam apa yang diberi kepada anak anak
Syurga Isteri Terletak di Telapak Kaki Suami
macamana perlunya kita horamat ibu bapa kita , walau macamana terok sekalipun dorang tu , kita wajib taat , hormat dan patuh kat dorang selagi tidak bercanggah dengan hukum agama kita , Islam..
macam tu jugaklah dengan perlunya seorang isteri taat pada suami , sebab suamilah pemegang kunci syurga kita Insya Allah :)
dan bagi aku , kalau betul pon suami kita *eh ?
no no no , suami suami anda tu terok bebenor , apa yang perlu kita buat ?
SABAR
sabar itu separuh daripada iman dan Allah suka kepada orang yang bersabar :)
jangan jadikan alasan tak bahagia dengan suami , sebab tu cari scandal nak cari kebahagiaan tambahan lah ape lah , ingat ye cik kak , dunia ni sementara je , kalaulah dah kena uji dapat suami macam tu dah menggelabah cari scandal lain , alamatnya kat akhirat alam yang kekal nanti meranalah sepanjang hayat akibat dari perbuatan derhaka pada suami sendiri :')
tapi kalaulah si isteri ni bersabar dengan fi'il suami , sentiasa hormat , sentiasa doakan semoga suami terbuka hati untuk berubah , tegur dengan penuh hikmah , insya Allah , bahagia kat sana nanti , itu yang kita nak kan? bahagia di syurga nanti , di tempat yang abadi :)
aku teringat sepotong hadis Rasulullah S.A.W
Dari Abu Hurairah, sabda Nabi Muhammad, selawat dan salam ke atas baginda, ertinya:
“Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan suruh perempuan sujud kepada suaminya.”
(riwayat Imam Tirmizi, hasan sahih, Ibnu Hibban, sahih)
hadis ini jelas terang lagi bersuluh menunjukkan betapa perlunya isteri dalam mentaati dan menghormati suami , sebab saat terlafaz ijab dan kabul , saat tu dosa dosa yang kita buat , akan dijawab oleh suami kita nanti , macamana kita kesiankan ayah kita menanggung dosa kita , macam tu lah kita perlu kesiankan suami kita nanti , apa yang kita buat , dia yang akan menjawab di sana nanti :')
wahai kaum wanita termasuk diri ini sendiri , kita diberi peluang yang sangat mudah untuk ke syurga Allah
Bagi wanita yang menjadi isteri, hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Daripada Anas, Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad).
empat syarat sahaja , tapi kita masih tak rebut peluang ni sebalik baliknya
aku hanya seorang gadis yang baru melangkah keluar dari alam sekolah , banyak lagi yang akan aku lalui lepas ni , tapi aku harap aku dapat menjadi anak yang berbakti dan sentiasa menghormati mak dan ayah aku , dan aku berharap aku dapat menjadi isteri solehah yang terbaik untuk bakal suamiku :)
mak dan ayah , terima kasih atas segalanya , jasamu takkan pernah dapat dibalas cause they're priceless :)
dan bakal suamiku , peeewwwwiit! haha :D
terima kasih sebab sudi nak terima tanggungjawab untuk jaga saya nanti ^_-
p/s : entri panjang berjela , tapi harap dapat begi manfaat kat kita semua :)
<3<3<3
Terima Kasih Sudi Baca Cerita Saya ^^,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Leave your comments and thoughts. Don't keep it to yourself, but say it nicely. Please connect your tongue to your brain before you say anything :)